Monday, November 18, 2019

Terjah MPKK Che Lijah

Terjah MPKK Che Lijah ke tapak penyedutan pasir di Sungai Che Lijah yang merosakkan benteng penebat banjir.Alur sungai yang ditimbus dan cetek menjadikan aliran air tidak sempurna.
Pengerusi MPKK Che Lijah,Haji Ibrahim Senik berserta timbalan,Mohamad b. Mohd Hasan dan beberapa orang Ajk Mpkk melakukan lawatan dan tinjauan serta perbincangan dengan pemilik tapak bagi mengatasi masalah ini.
     Menurut Pengerusi MPKK,Haji Ibrahim Senik,terdapat satu jambatan gantung yang menjadi warisan sejarah kegemilangan zaman bijih Bukit Besi yang menghubungkan ke terowong Bukit Tebuk terdapat di sini dan sudah dimusnahkan oleh pengusaha pasir ini.Ini adalah lawatan kedua dalam menyelesaikan masalah ini.
  Beliau telah membawa permasalahan ini kepada pihak berwajib untuk ditangani.









Gambar menunjukkan kerosakan akibat kerakusan manusia yang mengejar keuntungan tanpa memikirkan kelestarian alam semulajadi.

Adiosss...Graciasss...!!!




Friday, July 19, 2019

Aduan Rakyat...Banjir Termenung.

  Pengerusi MPKK Kg.Che Lijah,Haji Ibrahim Senik menerima khabar banjir termenung berlaku beberapa hari di satu tempat di sini.Lalu beliau menggerakan sekumpulan Ajk Mpkk untuk bertindak menyelesaikan perkara ini.Sebuah jentolak disewa untuk meyelesaikan dan membuat perparitan baru dan membuat sebuah culvert untuk mengalirkan air yang bertakung ini.
  Kerja-kerja ini dilakukan diawal pagi Jumaat yang lalu.Beberapa orang Ajk Mpkk hadir membantu apa yang patut.Kerja-kerja ini siap dilakukan menjelang tengah hari.

                  
 
 



 
 
 
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada MPKK Kg.Che Lijah yang pantas bertindak menyelesaikan permasalahan rakyat setempat.
 
Adiosss...Graciasss...!!!

Wednesday, July 17, 2019

Gotong Royong Akibat Ribut di Kg.Che Lijah.

Gotong royong membersihkan pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat di Jalan Paya Gombang,Kg.Che Lijah pagi ini.Beberapa buah rumah turut mengalami kerosakan kecil dalam kejadian ini.Pengerusi MPKK Kg. Che Lijah,Hj.Ibrahim Senik turut turun padang meninjau kerja pembersihan dan melihat rumah yang mengalami kerosakan.



                           
 



Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, June 22, 2019

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri MPKK Kg.Che Lijah 2019.

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat MPKK Kg.Che Lijah di perkarangan balai raya, 22 Jun 2019.Kehadiran dari penduduk kampung amat menggalakan dari kanak-kanak hingga dewasa.Pelbagai menu disediakan dari nasi putih dan gulai daging,mee sup,bubur kacang,tapai,ketupat fdan pelbagai kuih muih.


 
 
 
 
 


  Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis sambutan hari raya ini.Semoga ketemu lagi ditahun akan datang.
   Adiosss...Graciasss....!!!























Wednesday, October 24, 2018

Gotong Royong Bersih Padang Bola.


Gotong royong bersih padang bola Kg.Che Lijah sempena kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala YB Adun Rantau Abang.Semua Ajk Mpkk turun padang dalam melakukan gotong
royong ini.






Adiosss...Graciasss...!!!
 







Friday, August 31, 2018

Gotong Royong Membersih Balai Raya.

  
   Gotong royong membersih balai raya Kg.Che Lijah sempena cuti kemerdekaan baru-baru ini.Balai raya ini akan digunakan untuk kegunaan komuniti kampung.
   Pengerusi dan AJK MPKK serta penduduk kampung terlibat dalam gotong royong ini.Kerja-kerja membersih semak samun giat dilakukan.Jamuan ringan turut disediakan untuk petugas.



        

                                    

Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, August 26, 2018

Penyerahan Watikah Perlantikan AJK MPKK Che Lijah.

Majlis ringkas penyerahan watikah perlantikan Ajk MPKK Che Lijah kepada penerima di Pusat Tarbiyah PAS Binjai/Che Lijah pada 25/8/2018 baru-baru ini.





Semoga amanah ini dapat ditunaikan sebaik mungkin.
Adiosss...Graciasss...!!!