Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Kg.Che Lijah telah berjaya ditubuhkan setelah menerima watikah pelantikan jawatan dari Pejabat Daerah Dungun di Dewan Utama,Majlis Perbandaran Dungun pada 29 Julai 2018 baru-baru ini.
Ucaptama dan perasmian dilakukan oleh Exco Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap Adun Paka,Ustaz Satiful Bahri b. Mamat.
Majlis penyampaian watikah dilakukan oleh YB Dun Rantau Abang,Cikgu Alias Harun di hadapan Pegawai Daerah Dungun,Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Dungun,Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Che Lijah dipengerusikan oleh Hj.Ibrahim bin Senik dan dibantu oleh 14 Ajk yang lain.Mesyuarat pertama MPKK telah berjaya diadakan pada jam 9.30 malam selepas penerimaan watikah pelantikan tersebut.
Sementara itu penyampaian watikah pelantikan bagi Dun lain dilakukan oleh YB Dun masing-masing.Semoga semua MPKK dapat melaksanakan amanah dengan berkesan dan penuh tanggungjawab sesuai dengan slogan Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
Adiosss...Graciasss...!!!