Friday, July 19, 2019

Aduan Rakyat...Banjir Termenung.

  Pengerusi MPKK Kg.Che Lijah,Haji Ibrahim Senik menerima khabar banjir termenung berlaku beberapa hari di satu tempat di sini.Lalu beliau menggerakan sekumpulan Ajk Mpkk untuk bertindak menyelesaikan perkara ini.Sebuah jentolak disewa untuk meyelesaikan dan membuat perparitan baru dan membuat sebuah culvert untuk mengalirkan air yang bertakung ini.
  Kerja-kerja ini dilakukan diawal pagi Jumaat yang lalu.Beberapa orang Ajk Mpkk hadir membantu apa yang patut.Kerja-kerja ini siap dilakukan menjelang tengah hari.

                  
 
 



 
 
 
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada MPKK Kg.Che Lijah yang pantas bertindak menyelesaikan permasalahan rakyat setempat.
 
Adiosss...Graciasss...!!!

Wednesday, July 17, 2019

Gotong Royong Akibat Ribut di Kg.Che Lijah.

Gotong royong membersihkan pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat di Jalan Paya Gombang,Kg.Che Lijah pagi ini.Beberapa buah rumah turut mengalami kerosakan kecil dalam kejadian ini.Pengerusi MPKK Kg. Che Lijah,Hj.Ibrahim Senik turut turun padang meninjau kerja pembersihan dan melihat rumah yang mengalami kerosakan.



                           
 



Adiosss...Graciasss...!!!